Friday, January 8, 2010

Penghijrahan..

Dalam dunia ni, banyak godaan yang terpaksa manusia tempuhi. Ana juga tidak terlepas dari godaan tersebut. Setiap manusia di bumi Allah ini tidak akan terlepas dari godaan tersebut. Samada kita dapat menepisnya ataupun tidak, semuanya bergantung kepada keimanan dan ketabahan diri kita sendiri. Berikut adalah senarai godaan-godaan yang ana tahu.

Godaan di dunia :
1. Godaan dari Syaitan
2. Godaan dari Nafsu
3. Godaan dari Keduniaan ( Harta dan Sebagainya)

Itu adalah antara godaan-godaan yang ana tau. Silalah tambah jika anda tahu selain dari godaan diatas.

Godan-godaan tersebutlah yang membuatkan kita leka dalam menjalankan tugas sebenar kita, iaitu menjadi khalifah di muka bumi ini. Kita sentiasa lupa apa yang disyariatkan kepada kita oleh Allah S.W.T.
Sebagai khalifah Allah, kita perlu menjaga hubungan kita dengan Allah, menjaga hubungan kita dengan manusia bahkan kita perlu menjaga hubungan kita dengan alam yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T.

Sepanjang ana hidup di bumi ini, banyak telatah dan kerenah yang ana lihat. Ada yang tenggelam dalam arus permodenan. Tidak lupa juga kepada mereka yang terikut dalam ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman sesat yang kini semakin menular dalam rakyat manusia kini.

Dahulu ana juga tenggelam dalam arus permodenan. Tetapi ana mempelajari apa yang dikatakan dengan ILMU, ana mulai sedar yang permodenan dan kebendaan bukanlah yang sepatutnya dikejar-kejar sekarang tetapi apa yang telah dijanjikan di SANA nanti.

Daripada itu ana dapat mengetahui apa yang dikatakan dengan penghijrahan. Penghijrahan bukan setakat kita bepindah dari satu tempat ke tempat yang lain, malahan hijrah juga boleh dikatakan kita berubah dari yang buruk kepada yang baik ataupun yang baik kepada yang lebih baik.

Apa yang telah ana tulis berdasarkan apa yang ana tahu. Ilmu ana tidaklah setinggi mana. Apa yang ana pelajari, ana berkongsi kepada anda semua yang ana anggap saudara sendiri. Setakat ini sahaja penulisan ana. Sehingga berjumpa lagi.....

No comments:

Post a Comment