Thursday, January 7, 2010

kasih sayang....

Menulis lagi ana di dalam ruangan blog ini..
hari ini ana akan membincangkan tentang KASIH SAYANG..
Apa itu yang di maksudkan dengan kasih sayang?
Ramai yang beranggapan bahawa kasih sayang hanya untuk pasangan yang berlainan jenis..or to be exact "couple"
mengikut apa yang pernah ana lalui dalam tempoh 20 tahun ana hidup di muka bumi ALLAh ini, membuatkan ana terfikir..Perlukah couple ni?
adakah ianya satu kewajipan untuk kita untuk menyatakan perkataan "i love u" pada pasangan kita?
Pada pendapat ana, ianya tidak perlu..
seelok-eloknya kita ucapkan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, Astagfirullahhal Azim..
Jika mahu ungkapkan juga, sebutlah sekali sekala..
kerana ingin mengingatkan kita bahawa kita mempunyai seseorang yang di sayangi..

Tetapi jangan samapi terlampau dan melampaui batasan.
Contohnya, jika kita tengah SMS dengan insan tersebut, janganlah kita berbuat lebih dari apa yang telah disyarakkan..
Perbuatan ini selalu dilakukan oleh pasangan-pasangan sekarang..
dalam mesej yang disampaikan..

"abg nak peluk ayang, n.........."

mesej-mesej ini menunjukkan bahawa kita seakan-akan melakukannya..
dan kita lakukannya dengan orang yang bukan muhrim. Tidakkah ia jatuh dalam hukum BERZINA?
Sedangkan orang yang berilmu agama tinggi melakukan perkara tersebut..
Ana tidak ingin menunding jari dan menuduh orang-orang di sekeliling ana tetapi ianya realiti..
Sehinggakan sanggup memberi alasan untuk mengulangkaji bersama-sama tetapi berpelukan di belakang rak buku yang penuh dengan buku-buku agama..Tidakkah mereka takut dengan azab yang telah dijanjikan oleh ALLAH?
Ilmu ana tidaklah seberapa jika ingin dibandingkan dengan para ulama' terkenal seperti Dr. Yusuff al-Qurtubi, Hassan Al- Banna, Imam Al- Ghazali, Ulama' malaysia sendiri iaitu Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, dan lain- lain lagi yang penuh ilmunya di dada, yang mempunyai kitab- kitab tersendiri, yang mempunyai gelaran Ulama'. Ilmu ana hanyalah sekelumit jika hendak dibandingkan dengan ilmu ALLAH yang tiada penghujungnya.

Berbalik kepada isu kasih sayang tadi, kasih sayang yang sebenar, mengikut pendapat ana, kasih sayang tidak tertumpu kepada manusia sahaja. Kasih sayang kepada ALLAH, kasih sayang kepada Rasul junjungan kita, kasih sayang kepada agama kita dan seterusnya.

If we succeed in controlling ourself, we can achieve what are we supposed to get..

Setakat ini sahaja dahulu penulisan ana. Jika ada topik yang ingin dibincangkan lagi, ana akan menulis lagi..

Apa yang Baik datang dari ALLAH, yang buruk melalui diri saya sendiri..

No comments:

Post a Comment