Friday, March 5, 2010

hayati bersama...=)

Erti seorang sahabat….
Seorang sahabat tidak akan pernah melupakan sahabatnya yang lain,
Seorang sahabat tidak akan melukai hati sahabatnya yang lain,
Seorang sahabat akan menjaga sahabatnya dengan baik,
Seorang sahabat akan memberi layanan yang baik kepada sahabatnya….
Betapa besarnya pengorbanan seorang insan yang bergelar “ Sahabat “…….

Di perantauan ni, banyak liku-liku hidup, masalah dan halangan serta banyak lagi dugaan yang perlu ditempuhi untuk meneruskan hidup sebagai anak rantau. Terlalu sukar untuk melepasinya jika kita bersendirian. Tika disaat kita memerlukan, muncullah seorang insan yang datang disisi kita untuk memberi pertolongan dan bantuan kepada kita.
Tetapi, jangan sampai tersalah memilih sahabat. Jika tersalah memilih sahabat, anda akan termenung seorang diri nanti dan memikirkan apakah yang anda telah lakukan kerana memilih insan yang salah sebagai sahabat.
Ketika semua orang berpaling dari kita, insan tersebutlah yang datang menolong membangunkan kita kembali untuk utuh berdiri sebagai seorang pejuang dijalan ALLAH bagi mencari ilmu yang diberkati. Insan tersebutlah yang memberikan semangat yang berterusan untuk kita ambil untuk dijadikan batu loncatan dalam mengecapi kejayaan yang cemerlang.
Tatkala kita mengalami masalah, dalaman atau luaran, dari segi keluarga ataupun rakan sekelas mahupun pensyarah-pensyarah, insan tersebut akan meminjamkan telinga dan hati untuk mendengar luahan hati kita. Ketika itulah kita hendak menangis, hendak merintih, hendak meratap, hendak meraung, dipersilakan kerana kita tahu yang ada insan yang sudi mendengar apa yang tersirat didalam hati kita.

Insan yang disebutkan itu adalah SAHABAT kita. Dialah yang membantu kita disaat kita memerlukan. Dialah yang sudi memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada kita. Dialah yang sudi mendengar luahan hati kita semasa kita didunia ini. Tetapi jangan dilupakan ALLAH S.W.T  yang maha Mendengar, maha Pengampun lagi maha Mengasihani…..

Thursday, March 4, 2010

about men..??did u know....???

Ana ingin menceritakan serba sedikit tentang lelaki.....

jenis-jenis lelaki...~

lelaki adalah golongan yang sukar diselami hati nya. sebenarnya lelaki boleh dikategorikan dalam beberapa kumpulan antaranya lelaki manja, lelaki macho, lelaki aktif, lelaki berjiwa seni dan lelaki sensitif.

lelaki manja
+suka teddy bear..bagi mereka memeluk teddy bear terutama nya bersaiz besar seolah olah memeluk buah hatinya.
+ada juga yang gemarkan barangan seperti seluar, tshirt...dll
+kadang-kadang lelaki ini sukakan pemberian berupa cd lagu2 romantik..
perfume juga adalah antara barangan yang disukai lelaki bersifat manja..
+kad kad muzikal yang berbaur cinta mampu membangkitkan nostalgiawalaupun tanpa diiringi hadiah yang berhrga.


lelaki macho
+sukakan barangan yang berunsurkan kejantanan seperti kasut kulit, d0mpet kulit..
+bagi lelaki yang suka menunggang motosikal berkuasa tinggi,hadiah kan mereka helmet berjenama harley davidson.gerenti mereka suka.
+bagi anda yang berkemampuan,hadiahkan mereka telefon bimbit pastu suruh mereka telefon anda setiap malam ataupun morning call..
+bagaimana pula dengan kaca mata hitam..tentu akan lebih macho dengan dengan cermin mata berjenama Ray Ban..


lelaki aktif
+gemarkan barangan seperti dompet,tali pinggang,kasut sukan dan barangan sukan
+topi juga sesuai untuk lelaki aktif yang suka bersukan
+jam tangan berjenama berjenama juga sesuai untuk mereka yang beraktif sukan. mereka sememangnya akan mengguanakan jam tangan itu dengan sangat bermanfaat.
+pil vitamin bagus untuk kesegaran dan kesihatan badan
+walkman juga hadiah yang sesuai untuk kalangan seperti ini.


lelaki berjiwa seni
+mereka ini sesuai diberikan kotak muzik yang berlagu insrumental lembut.
+mereka juga sesuai diberikan cd atau lagu yang berirama lembut.
+tunjukkan lagu atau ucapan melalui radi0.ini membuatkan jiwa lelaki ini bertambah r0mantis
+rasanya...pemberian sehelai sapu tangan dan sekeping foto sudah memadai bagi lelaki jenis ini.


lelaki sensitif
+hadiahkan lelaki ini sebuah diari,supaya dia dapat mencoretkan segala yang dirasainya di dalam diari itu,...
+berikanlah mereka madah2 cinta,untuk membangkitkan rasa sayang yang berpanjangan
+berilah mereka buku supaya mereka dapat mengisi masa lapang dengan membaca buku..

tetapi sebaik-baik lelaki ialah :

LELAKI ACUAN AL-QURAN

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang
Bersifat Jembalang

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.