Saturday, January 9, 2010

Isu Kalimah ALLAH..

Sekarang, Malaysia dikejutkan dengan isu penggunaan kalimah ALLAH didalam salah sebuah majalah agama katholik ( kristian ). In my opinion, kalimah ALLAH merujuk kepada tuhan yang satu. Mengikut pendapat ana,dan juga pendapat lecturer-lecturer ana, ianya agak rumit sebenarnya, dan ianya mempunyai kelebihan dan kekurangan.

Pada pendapat ana, dengan ilmu yang ana pelajari, sebenarnya semua agama berpandukan kepada tuhan yang satu. Misalannya, agama kristian. Mereka berpandukan kepada ajaran nabi Isa A.S pada mulanya. Nabi Isa A.S membawa ajaran ALLAH yang diturunkan kepadanya. Tetapi atas sebab ada yang menyelewengkan ajaran tersebut maka terjadilah fahaman yang menyatakan bahawa Nabi Isa A.S adalah anak tuhan. Sebenarnya mereka beranggapan begitu kerana Nabi Isa A.S lahir daripada rahim Maryam yang ketika itu masih sunti dan tidak disentuh mahupun berkahwin dengan mana-mana lelaki sekalipun. Tetapi ALLAH S.W.T telah meniupkan roh Nabi Isa A.S kedalam tubuh Maryam. ALLAH itu maha berkuasa. Segala kejadian yang berlaku di dalam dunia ini terjadi atas kehendak-Nya. Kuasa-Nya tiada batasan. Hanya DIA yang mengetahui apa yang berlaku. Disebabkan kejadian tersebut, maka terjadilah penyelewengan ajaran Nabi Isa A.S yang digelar sebagai ajaran Kristian sekarang.

Agama Hindu juga berpegang kepada tuhan yang satu. Ada seorang rakan ana menceritakan asal usul fahaman hindu ini. Pada zaman dahulu, mereka mempercayai bahawa tuhan itu hanya satu yang wajib disembah. Tetapi ajaran mereka juga telah diseleweng oleh pihak yang tertentu. Itu menyebabkan salah faham dalam ajaran mereka. Itu jugalah yang menyebabkan mereka menyembah berhala, seperti yang berlaku sekarang.

Kesimpulannya, semua agama-agama pada asalnya mempercayai bahawa tuhan itu satu. Allah itu merujuk kepada tuhan. Pada pendapat ana, penggunaan kalimah Allah itu boleh digunakan oleh semua agama.
Bergantung kepada iman kita sebagai seorang muslim yang memegang ajaran Islam.

No comments:

Post a Comment