Saturday, August 14, 2010

renungan untuk kite bersama.....

Cinta Aku Pada Si Dia

Cinta itu buatkan
Cinta utamaku lemah
Cinta aku pada si dia
Buatkan cinta aku pada Tuhan
Allah Yang Maha Esa
Buatkan cintaku pada Rasulullah
Kekasih Yang Maha Kuasa
Buatkan cintaku pada agama
Islam yang gah agung
Buatkan cinta aku pada iman
Nur yang sentiasa terang
Seakan-akan goyah
Umpama meniti jambatan rapuh
Yang kalau-kalau ditiup angin kencang
Rebah sujud sia-sia ke bumi



Cinta aku pada si dia
Mencalar kotor pada pahalaku
Bertambah erat pula
Pegangan si dosa-dosa
Cintaku pada si dia
Buatkan jiwaku resah
Bernanah dengan maksiat
Zina mata, zina hati
Buat aku terus-terusan gelisah
Melihat pasangan lain
Melayari bahtera durjana
Yang kononnya indah
Walhal aku tahu
Halal haramnya…
Meskipun aku tahu
Baik buruknya…
Sungguhpun aku tahu
Azab dan siksanya…

Bukankah cintaku aku pada si dia
Harus bawaku dekat
Ke kota pujaanku…syurga
Bukankah cinta aku pada si dia
Harus jauhkan aku sejauh-jauhnya
Dari neraka yang pedih azabnya

Jadi…
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta bisikan Allah
Mana mugkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta yang bisa buatkan aku
Bahagia dunia akhiratnya
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah suci, tulus dan perawan

Aku muhasabah nilai cinta ini
Sebak dada, kusut jiwa
Menitis air mata seorang hamba derhaka
Mengenangkan betapa murahnya nilai cinta ini
Hinanya cinta ini disisi tuhan

Cinta yang aku dambakan
Cinta aku pada si dia
Tiada apa-apa erti buat tuhan
Hanya lumpur noda mengundang murka…

Rupa-rupanya
Cinta aku pada si dia
Tidak layak menggapai rahmat
Tidak layak menjemput berkat
Dan tidak akan pernah mengundang keredhaan

Maafkan aku Ya Allah
Maafkan aku untuk ada rasa
Cinta aku pada si dia
Yang tidak ada nilai di mata mu Tuhan

Ya Allah
Jodohku ditanganmu
Kalau benar
Cinta aku pada si dia
Hanya menambah timbunan dosa
Aku mohon ampun Ya Allah

Doaku…
Harapanku…
Pintaku dengan harap…
Harap dengan sangat…
Penuh rendah diri sebagai hambamu
Kurniakan aku masjid yang sempurna
Dengan jodoh yang baik-baik
Penuhi pertemuan dan perpisahannya
Dengan iman, nur dan rahmatmu…
Biar jodohku itu…
Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Biar jodohku itu…
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku
Biar jodohku itu…
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan…
Ya Allah…Amin…

Friday, March 5, 2010

hayati bersama...=)

Erti seorang sahabat….
Seorang sahabat tidak akan pernah melupakan sahabatnya yang lain,
Seorang sahabat tidak akan melukai hati sahabatnya yang lain,
Seorang sahabat akan menjaga sahabatnya dengan baik,
Seorang sahabat akan memberi layanan yang baik kepada sahabatnya….
Betapa besarnya pengorbanan seorang insan yang bergelar “ Sahabat “…….

Di perantauan ni, banyak liku-liku hidup, masalah dan halangan serta banyak lagi dugaan yang perlu ditempuhi untuk meneruskan hidup sebagai anak rantau. Terlalu sukar untuk melepasinya jika kita bersendirian. Tika disaat kita memerlukan, muncullah seorang insan yang datang disisi kita untuk memberi pertolongan dan bantuan kepada kita.
Tetapi, jangan sampai tersalah memilih sahabat. Jika tersalah memilih sahabat, anda akan termenung seorang diri nanti dan memikirkan apakah yang anda telah lakukan kerana memilih insan yang salah sebagai sahabat.
Ketika semua orang berpaling dari kita, insan tersebutlah yang datang menolong membangunkan kita kembali untuk utuh berdiri sebagai seorang pejuang dijalan ALLAH bagi mencari ilmu yang diberkati. Insan tersebutlah yang memberikan semangat yang berterusan untuk kita ambil untuk dijadikan batu loncatan dalam mengecapi kejayaan yang cemerlang.
Tatkala kita mengalami masalah, dalaman atau luaran, dari segi keluarga ataupun rakan sekelas mahupun pensyarah-pensyarah, insan tersebut akan meminjamkan telinga dan hati untuk mendengar luahan hati kita. Ketika itulah kita hendak menangis, hendak merintih, hendak meratap, hendak meraung, dipersilakan kerana kita tahu yang ada insan yang sudi mendengar apa yang tersirat didalam hati kita.

Insan yang disebutkan itu adalah SAHABAT kita. Dialah yang membantu kita disaat kita memerlukan. Dialah yang sudi memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada kita. Dialah yang sudi mendengar luahan hati kita semasa kita didunia ini. Tetapi jangan dilupakan ALLAH S.W.T  yang maha Mendengar, maha Pengampun lagi maha Mengasihani…..

Thursday, March 4, 2010

about men..??did u know....???

Ana ingin menceritakan serba sedikit tentang lelaki.....

jenis-jenis lelaki...~

lelaki adalah golongan yang sukar diselami hati nya. sebenarnya lelaki boleh dikategorikan dalam beberapa kumpulan antaranya lelaki manja, lelaki macho, lelaki aktif, lelaki berjiwa seni dan lelaki sensitif.

lelaki manja
+suka teddy bear..bagi mereka memeluk teddy bear terutama nya bersaiz besar seolah olah memeluk buah hatinya.
+ada juga yang gemarkan barangan seperti seluar, tshirt...dll
+kadang-kadang lelaki ini sukakan pemberian berupa cd lagu2 romantik..
perfume juga adalah antara barangan yang disukai lelaki bersifat manja..
+kad kad muzikal yang berbaur cinta mampu membangkitkan nostalgiawalaupun tanpa diiringi hadiah yang berhrga.


lelaki macho
+sukakan barangan yang berunsurkan kejantanan seperti kasut kulit, d0mpet kulit..
+bagi lelaki yang suka menunggang motosikal berkuasa tinggi,hadiah kan mereka helmet berjenama harley davidson.gerenti mereka suka.
+bagi anda yang berkemampuan,hadiahkan mereka telefon bimbit pastu suruh mereka telefon anda setiap malam ataupun morning call..
+bagaimana pula dengan kaca mata hitam..tentu akan lebih macho dengan dengan cermin mata berjenama Ray Ban..


lelaki aktif
+gemarkan barangan seperti dompet,tali pinggang,kasut sukan dan barangan sukan
+topi juga sesuai untuk lelaki aktif yang suka bersukan
+jam tangan berjenama berjenama juga sesuai untuk mereka yang beraktif sukan. mereka sememangnya akan mengguanakan jam tangan itu dengan sangat bermanfaat.
+pil vitamin bagus untuk kesegaran dan kesihatan badan
+walkman juga hadiah yang sesuai untuk kalangan seperti ini.


lelaki berjiwa seni
+mereka ini sesuai diberikan kotak muzik yang berlagu insrumental lembut.
+mereka juga sesuai diberikan cd atau lagu yang berirama lembut.
+tunjukkan lagu atau ucapan melalui radi0.ini membuatkan jiwa lelaki ini bertambah r0mantis
+rasanya...pemberian sehelai sapu tangan dan sekeping foto sudah memadai bagi lelaki jenis ini.


lelaki sensitif
+hadiahkan lelaki ini sebuah diari,supaya dia dapat mencoretkan segala yang dirasainya di dalam diari itu,...
+berikanlah mereka madah2 cinta,untuk membangkitkan rasa sayang yang berpanjangan
+berilah mereka buku supaya mereka dapat mengisi masa lapang dengan membaca buku..

tetapi sebaik-baik lelaki ialah :

LELAKI ACUAN AL-QURAN

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang
Bersifat Jembalang

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.

Saturday, January 9, 2010

Isu Kalimah ALLAH..

Sekarang, Malaysia dikejutkan dengan isu penggunaan kalimah ALLAH didalam salah sebuah majalah agama katholik ( kristian ). In my opinion, kalimah ALLAH merujuk kepada tuhan yang satu. Mengikut pendapat ana,dan juga pendapat lecturer-lecturer ana, ianya agak rumit sebenarnya, dan ianya mempunyai kelebihan dan kekurangan.

Pada pendapat ana, dengan ilmu yang ana pelajari, sebenarnya semua agama berpandukan kepada tuhan yang satu. Misalannya, agama kristian. Mereka berpandukan kepada ajaran nabi Isa A.S pada mulanya. Nabi Isa A.S membawa ajaran ALLAH yang diturunkan kepadanya. Tetapi atas sebab ada yang menyelewengkan ajaran tersebut maka terjadilah fahaman yang menyatakan bahawa Nabi Isa A.S adalah anak tuhan. Sebenarnya mereka beranggapan begitu kerana Nabi Isa A.S lahir daripada rahim Maryam yang ketika itu masih sunti dan tidak disentuh mahupun berkahwin dengan mana-mana lelaki sekalipun. Tetapi ALLAH S.W.T telah meniupkan roh Nabi Isa A.S kedalam tubuh Maryam. ALLAH itu maha berkuasa. Segala kejadian yang berlaku di dalam dunia ini terjadi atas kehendak-Nya. Kuasa-Nya tiada batasan. Hanya DIA yang mengetahui apa yang berlaku. Disebabkan kejadian tersebut, maka terjadilah penyelewengan ajaran Nabi Isa A.S yang digelar sebagai ajaran Kristian sekarang.

Agama Hindu juga berpegang kepada tuhan yang satu. Ada seorang rakan ana menceritakan asal usul fahaman hindu ini. Pada zaman dahulu, mereka mempercayai bahawa tuhan itu hanya satu yang wajib disembah. Tetapi ajaran mereka juga telah diseleweng oleh pihak yang tertentu. Itu menyebabkan salah faham dalam ajaran mereka. Itu jugalah yang menyebabkan mereka menyembah berhala, seperti yang berlaku sekarang.

Kesimpulannya, semua agama-agama pada asalnya mempercayai bahawa tuhan itu satu. Allah itu merujuk kepada tuhan. Pada pendapat ana, penggunaan kalimah Allah itu boleh digunakan oleh semua agama.
Bergantung kepada iman kita sebagai seorang muslim yang memegang ajaran Islam.

Friday, January 8, 2010

Penghijrahan..

Dalam dunia ni, banyak godaan yang terpaksa manusia tempuhi. Ana juga tidak terlepas dari godaan tersebut. Setiap manusia di bumi Allah ini tidak akan terlepas dari godaan tersebut. Samada kita dapat menepisnya ataupun tidak, semuanya bergantung kepada keimanan dan ketabahan diri kita sendiri. Berikut adalah senarai godaan-godaan yang ana tahu.

Godaan di dunia :
1. Godaan dari Syaitan
2. Godaan dari Nafsu
3. Godaan dari Keduniaan ( Harta dan Sebagainya)

Itu adalah antara godaan-godaan yang ana tau. Silalah tambah jika anda tahu selain dari godaan diatas.

Godan-godaan tersebutlah yang membuatkan kita leka dalam menjalankan tugas sebenar kita, iaitu menjadi khalifah di muka bumi ini. Kita sentiasa lupa apa yang disyariatkan kepada kita oleh Allah S.W.T.
Sebagai khalifah Allah, kita perlu menjaga hubungan kita dengan Allah, menjaga hubungan kita dengan manusia bahkan kita perlu menjaga hubungan kita dengan alam yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T.

Sepanjang ana hidup di bumi ini, banyak telatah dan kerenah yang ana lihat. Ada yang tenggelam dalam arus permodenan. Tidak lupa juga kepada mereka yang terikut dalam ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman sesat yang kini semakin menular dalam rakyat manusia kini.

Dahulu ana juga tenggelam dalam arus permodenan. Tetapi ana mempelajari apa yang dikatakan dengan ILMU, ana mulai sedar yang permodenan dan kebendaan bukanlah yang sepatutnya dikejar-kejar sekarang tetapi apa yang telah dijanjikan di SANA nanti.

Daripada itu ana dapat mengetahui apa yang dikatakan dengan penghijrahan. Penghijrahan bukan setakat kita bepindah dari satu tempat ke tempat yang lain, malahan hijrah juga boleh dikatakan kita berubah dari yang buruk kepada yang baik ataupun yang baik kepada yang lebih baik.

Apa yang telah ana tulis berdasarkan apa yang ana tahu. Ilmu ana tidaklah setinggi mana. Apa yang ana pelajari, ana berkongsi kepada anda semua yang ana anggap saudara sendiri. Setakat ini sahaja penulisan ana. Sehingga berjumpa lagi.....

Thursday, January 7, 2010

kasih sayang....

Menulis lagi ana di dalam ruangan blog ini..
hari ini ana akan membincangkan tentang KASIH SAYANG..
Apa itu yang di maksudkan dengan kasih sayang?
Ramai yang beranggapan bahawa kasih sayang hanya untuk pasangan yang berlainan jenis..or to be exact "couple"
mengikut apa yang pernah ana lalui dalam tempoh 20 tahun ana hidup di muka bumi ALLAh ini, membuatkan ana terfikir..Perlukah couple ni?
adakah ianya satu kewajipan untuk kita untuk menyatakan perkataan "i love u" pada pasangan kita?
Pada pendapat ana, ianya tidak perlu..
seelok-eloknya kita ucapkan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, Astagfirullahhal Azim..
Jika mahu ungkapkan juga, sebutlah sekali sekala..
kerana ingin mengingatkan kita bahawa kita mempunyai seseorang yang di sayangi..

Tetapi jangan samapi terlampau dan melampaui batasan.
Contohnya, jika kita tengah SMS dengan insan tersebut, janganlah kita berbuat lebih dari apa yang telah disyarakkan..
Perbuatan ini selalu dilakukan oleh pasangan-pasangan sekarang..
dalam mesej yang disampaikan..

"abg nak peluk ayang, n.........."

mesej-mesej ini menunjukkan bahawa kita seakan-akan melakukannya..
dan kita lakukannya dengan orang yang bukan muhrim. Tidakkah ia jatuh dalam hukum BERZINA?
Sedangkan orang yang berilmu agama tinggi melakukan perkara tersebut..
Ana tidak ingin menunding jari dan menuduh orang-orang di sekeliling ana tetapi ianya realiti..
Sehinggakan sanggup memberi alasan untuk mengulangkaji bersama-sama tetapi berpelukan di belakang rak buku yang penuh dengan buku-buku agama..Tidakkah mereka takut dengan azab yang telah dijanjikan oleh ALLAH?
Ilmu ana tidaklah seberapa jika ingin dibandingkan dengan para ulama' terkenal seperti Dr. Yusuff al-Qurtubi, Hassan Al- Banna, Imam Al- Ghazali, Ulama' malaysia sendiri iaitu Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, dan lain- lain lagi yang penuh ilmunya di dada, yang mempunyai kitab- kitab tersendiri, yang mempunyai gelaran Ulama'. Ilmu ana hanyalah sekelumit jika hendak dibandingkan dengan ilmu ALLAH yang tiada penghujungnya.

Berbalik kepada isu kasih sayang tadi, kasih sayang yang sebenar, mengikut pendapat ana, kasih sayang tidak tertumpu kepada manusia sahaja. Kasih sayang kepada ALLAH, kasih sayang kepada Rasul junjungan kita, kasih sayang kepada agama kita dan seterusnya.

If we succeed in controlling ourself, we can achieve what are we supposed to get..

Setakat ini sahaja dahulu penulisan ana. Jika ada topik yang ingin dibincangkan lagi, ana akan menulis lagi..

Apa yang Baik datang dari ALLAH, yang buruk melalui diri saya sendiri..

Tuesday, January 5, 2010

Sekadar selingan....

Nabi Ayub a.s. menggambarkan manusia yang paling sabar, bahkan boleh dikatakan bahwa beliau berada di puncak kesabaran. Sering orang mengagumi kesabaran kepada Nabi Ayub. Misalnya, dikatakan: seperti sabarnya Nabi Ayub. Jadi, Nabi Ayub menjadi simbol kesabaran dan cermin kesabaran atau teladan kesabaran pada setiap bahasa, pada setiap agama, dan pada setiap budaya. Allah SWT telah memujinya dalam kitab-Nya yang berbunyi:


"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaih-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)

Nabi Ayub AS adalah salah seorang nabi dari nabi-nabi Bani Israil dan salah seorang manusia pilihan dari sejumlah manusia pilihan yang mulia. Allah telah menceritakan dalam kitab-Nya dan memujinya dengan berbagai sifat yang terpuji secara umum dan sifat sabar atas ujian secara khusus. Allah telah mengujinya dengan anaknya, keluarganya dan hartanya, kemudian dengan tubuhnya. Allah SWT telah mengujinya dengan ujian yang tidak pernah ditimpakan kepada siapa pun, tetapi ia tetap sabar dalam menunaikan perintah Allah dan terus-menerus bertaubat kepada-Nya.

Setelah Nabi Ayub AS menderita penyakit kronis dalam jangka waktu yang cukup lama, dimana sahabat dan familinya telah melupakannya, maka ia menyeru Tuhannya, “(Ya Rabbku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.” (Al-Anbiya’: 83). Dikatakan kepadanya, “Hantamkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan minum.” (Shad: 42). Nabi Ayub AS menghantamkan kakinya, maka memancarlah mata air yang dingin karena hantaman kakinya tersebut. Dikatakan kepadanya, “Minumlah darinya serta mandilah.” Nabi Ayub AS melakukannya, maka Allah Ta’ala menghilangkan penyakit yang menimpa bathinnya dan lahirnya.

Kemudian Allah mengembalikan kepadanya; keluarganya, hartanya, sejumlah ni’mat serta kebaikan yang dikaruniakan kepadanya dalam jumlah yang banyak. Dengan kesabarannya itu maka ia merupakan suri teladan bagi orang-orang yang sabar, penghibur bagi orang-orang yang mendapat ujian atau ditimpa musibah serta pelajaran berharga bagi orang-orang yang mau mengambil pelajaran.*

Ketika Nabi Ayub AS sakit, maka ia menemukan kepingan uang milik istrinya yang diperoleh dari hasil pekerjaannya melakukan sesuatu, sehingga ia bersumpah akan mencambuknya seratus kali cambukan. Kemudian Allah meringankannya dari Nabi Ayub AS dan istrinya, seraya dikatakan kepadanya: “Dan ambillah dengan tanganmu seikat (rumput).” Yakni seikat jerami, ilalang, tangkai atau yang lainnya sebanyak seratus biji, kemudian pukullah ia dengannya “… dan janganlah kamu melanggar sumpah.” (Shad: 44). Yakni melanggar sumpahmu.

Dalam ayat di atas terdapat dalil bahwa kifarat sumpah tidak disyari’atkan kepada seseorang sebelum syari’at kita, serta kedudukan sumpah di hadapan mereka adalah sama dengan nazdar, yang mesti dipenuhi.
Juga dalam ayat tersebut terdapat dalil, bahwa bagi orang yang tidak mungkin dilaksanakan hukuman had atasnya karena kondisinya yang lemah atau alasan lainnya, hendaklah diberlakukan kepadanya hukuman yang disebut dengan hukuman tersebut, karena tujuan dari pemberlakuan hukuman itu ialah pemberian rasa jera, bukan perusakkan atau penghancuran.
  • Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan dari Anas bin Malik RA dari Nabi SAW, beliau bersabda, “Sesungguhnya Nabi Allah Ayub AS diuji dengan musibah tersebut selama delapan belas tahun, dimana keluarga dekat serta keluarga yang jauh telah menolaknya dan mengusirnya kecuali dua orang laki-laki dari saudara-saudaranya, dimana keduanya telah memberinya makan dan mengunjunginya. Kemudian pada suatu hari salah seorang dari kedua saudaranya itu berkata kepada saudaranya yang satu, ‘Demi Allah, perlu diketahui, bahwa Ayub telah melakukan suatu dosa yang belum pernah dilakukan siapa pun di dunia ini.’ Sahabatnya itu bertanya, ‘Dosa apakah itu?.’ Saudaranya tadi berkata, ‘Selama delapan belas tahun Allah tidak merahmatinya, sehingga menyembuhkannya dari penyakit yang dideritanya.’ Ketika keduanya mengunjungi Ayub AS maka salah seorang dari kedua saudaranya itu tidak dapat menahan kesabarannya, sehingga ia menyampaikan pembicaraan tersebut kepadanya. Ayub AS menjawab, ‘Aku tidak mengetahui apa yang kamu berdua bicarakan, kecuali Allah Ta’ala telah memberitahukan; bahwa aku diperintah untuk mendatangi dua orang laki-laki yang berselisih supaya keduanya mengingat Allah. Sedang aku akan kembali ke rumahku dan menutup diri dari keduanya, karena merasa benci mengingat Allah, kecuali dalam kebanaran.’”
Nabi SAW bersabda, “Ketika Ayub AS pergi menunaikan hajatnya maka istrinya memegang tangannya hingga selesai. Suatu hari istrinya datang terlambat dan Ayub AS menerima wahyu, ‘Hentamkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan minum.’ (Shad: 42) Ketika isterinya datang dan bermaksud menemuinya, maka ia melayangkan pandangannya dalam keadaan terpegun, dan Ayub AS menyambutnya dalam rupa dimana Allah telah menyembuhkan penyakit yang dideritanya, dan rupanya sangat tampan seperti semula.


Ketika isterinya melihatnya, seraya bertanya, ‘Semoga Allah memberkatimu, apakah engkau melihat nabi Allah yang sedang diuji? Demi Allah, bahwa aku melihatnya mirip denganmu saat ia sehat.’ Ayub AS menjawab, ‘Sesungguhnya aku ini adalah dia.’ Ketika itu di hadapannya terdapat dua buah gundukan yaitu gundukan gandum dan jerawut. Kemudian Allah mengirim dua buah awan, dimana ketika salah satunya menaungi gundukan gandum, maka tercurah padanya emas hingga penuh, sedangkan pada gundukan jerawut tercurah mata wang hingga penuh.” (HR. Abu Ya’la, 3617, yang dishahihkan al-Hakim (2/581-582) dan Ibnu Hibban (2091) serta al-Albani dalam kitab Shahîh-nya

Wednesday, December 23, 2009

Perkauman...

arini ana pegi jumpe lect ana..n bertanyakan pasal isu perkauman dan haluan kiri..2org ustazah yang ana tanye..
dalam islam xde dinyatakan bahawa perkauman itu diharuskan o diwajibkan...sebabny dalam islam,setiap insan ditugaskan oleh ALLAH supaya saling mengingati antara satu sama lain..kalau da camtu,kite kene open ngn sume..ALLAH da perintah kite,kite kene laksanakan..
jgn la kite burukkan kaum o agma lain..kite treat sume org the same..kite same2 mkhluk..walaupun len bgse,len agama,kite tetap dari rumpun yg same..

Monday, December 14, 2009

perkauman??!!!

sejujurnya,ana bencikan perkauman..
kawan ana ada seorang yang beragama hindu tapi ana senang bersembang tentang ajaran islam yang ana anuti..
daripada ana sembang dengan kawan ana yang beragama islam sendiri kerana kawan-kawan yang sama agama dengan ana banyak yang hanya cakap pandai sahaja..
contohnya ada seorang member ni..da nak exam baru nak ingat tuhan..bile dengar dak tu bawak masuk skali hal agama dalam satu konversasi mereka,ana naik panas sebab dak 2 cakap "biar xsolat tapi jangan beli cd"
ade ke patut cakap camtu..
bukan nak berlagak pandai tapi pikir2 la..kata-kata kita leh watkan iman kita goyah dan silap2 boleh digelar munafik o fasik..
ilmu ana bukannya tinggi jika nak dibandingkan dengan orang lain tapi beringat sikit..kita ni manusia, hamba ALLAH, ALLAH sentiasa perhatikan kita dari tempat DIA memerintah seluruh alam ini..setiap perbuatan kita diperhatikan..
memang ana mengaku ana ni budak grunge+punk sebab ana mengamalkan prinsip hidup seorang dak punk..mungkin banyak yang baca blog ana ni xpercaya tapi itu la hakikatnya..mungkin xnampak dari luar tapi dalam hati sape tau...
kita xkan dapat selami hati seseorang...

berbalik pada isu perkauman tadi..
pe masalahnye sehinggakan ramai manusia menjadikan isu ni jadi isu utama dalam hidup...
ana tgk dlm masyarakat di tempat tinggal ana, cukup menyedihkan..
padahal kita dibawah satu rumpun yang sama n lahir dari sepasang suami isteri iaitu Nabi Adam A.S dan Hawa..
fikirlah wahai manusia..xkan sesama manusia nak bermusuh-musuhan..jika nak sembang kita saudara seislam, fikir sikit zaman rasulullah s.a.w dulu..
kalau rasulullah s.a.w fikirkan kaumnya shja, agama islam xkan berkembang ke seluruh dunia...agama islam akan duduk dalam tanah arab sahaja...fikir la sikit...

ada kawan bercerita tentang seorang budak india ni..ayatny camni.."xkan kita nak ikt c ***** tu A***? dia tu yahudi.. yahudi tetap yahudi.."
fahaman apa nih??orang zaman kuno?fikirlah..kalau nak menyebarkan ajaran agama islam,xkan ada pemikiran camtu..tujuan kita diturunkan ke dunia ni adalah untuk mengingati antara satu sama lain dan berdakwah..kita kena bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain...dan jangan kita jatuhkan orang lain sebab itu adalah sifat yang amat dikeji..bukan dari pihak ana untuk menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu mendapat pahala ataupon x tetapi ana yakin dengan apa yang ana lakukan...

mungkin ada isu pekauman ni bangkit lagi...pape hal pon ana akan tetap menentang perkauman..

p/s: maaf andai terkasar bahasa..ni adalah pendapat ana...

Thursday, December 10, 2009

Isnin..14/12/2009

tarikh kembalinya ana ke kolej ana..
cuti selama satu bulan banyak mengajar ana tentang erti kehidupan..
bertambah pengalaman ana di dunia yang fana ini..
ana sering bertanya pada diri ana sendiri, kenapa ana melakukan maksiat dan dosa yang telah ana lakukan ketika ana di usia remaja dahulu..
kerana situasi ana sekarang agak berbeza dari dahulu..
kini ana lebih tenang dengan mengucapkan kata zikir kepada ALLAH daripada berkata benda yang x berfaedah kepada ana dan orang di sekeliling ana..
ana menyedari bahawa banyak gelagat di dunia ini...
contohnya budak-budak sekarang..
pakai tudung,but still wearing thigh clothes..
betul ke ape yang diorang lakukan??
dalam islam takde disuruh pakai tudung sahaja..
dalam islam disuruh oleh ALLAH kepada manusia supaya menjaga ADAB dan menutup AURAT..
kenapa kalian semua tidak faham dengan apa yang diperintahkan oleh tuhan kita yang satu iaitu ALLAH S.W.T?
ana yang seteruk-teruk manusia ini selalu berfikir kenapa kalian semua selalu berfikiran selfish?
sudah tidak takutkah kalian dengan ALLAH??
yang sering memerhatikan kita?
ana tidak mahu menjadi munafik yang hanya pandai berpura-pura tetapi ana ingin menyebutkan disini bahawa ana telah sedar dengan kesilapan yang telah ana sendiri lakukan dan ana menyesal..
kerana ana sendiri berasa takut jika doa-doa ana,solat ana tidak diterima oleh ALLAH kerana ana telah banyak melakukan dosa-dosa besar mahupun kecil..
memang ALLAH S.W.T itu maha pengampun tapi cukupkah amal ibadat kita untuk diterima oleh ALLAH?
tetapi ingatlah wahai teman..
sentiasa ingat dan yakin kepada kuasa ALLAH S.W.T kerana kita adalah hambaNya yang hina..

P/S:Maaf jika andai ada kesilapan yang ana lakukan..ana sedang menimba ilmu kerana ana sendiri tidak mempunyai ilmu yang banyak jika dibandingkan dengan orang lain...