Friday, March 5, 2010

hayati bersama...=)

Erti seorang sahabat….
Seorang sahabat tidak akan pernah melupakan sahabatnya yang lain,
Seorang sahabat tidak akan melukai hati sahabatnya yang lain,
Seorang sahabat akan menjaga sahabatnya dengan baik,
Seorang sahabat akan memberi layanan yang baik kepada sahabatnya….
Betapa besarnya pengorbanan seorang insan yang bergelar “ Sahabat “…….

Di perantauan ni, banyak liku-liku hidup, masalah dan halangan serta banyak lagi dugaan yang perlu ditempuhi untuk meneruskan hidup sebagai anak rantau. Terlalu sukar untuk melepasinya jika kita bersendirian. Tika disaat kita memerlukan, muncullah seorang insan yang datang disisi kita untuk memberi pertolongan dan bantuan kepada kita.
Tetapi, jangan sampai tersalah memilih sahabat. Jika tersalah memilih sahabat, anda akan termenung seorang diri nanti dan memikirkan apakah yang anda telah lakukan kerana memilih insan yang salah sebagai sahabat.
Ketika semua orang berpaling dari kita, insan tersebutlah yang datang menolong membangunkan kita kembali untuk utuh berdiri sebagai seorang pejuang dijalan ALLAH bagi mencari ilmu yang diberkati. Insan tersebutlah yang memberikan semangat yang berterusan untuk kita ambil untuk dijadikan batu loncatan dalam mengecapi kejayaan yang cemerlang.
Tatkala kita mengalami masalah, dalaman atau luaran, dari segi keluarga ataupun rakan sekelas mahupun pensyarah-pensyarah, insan tersebut akan meminjamkan telinga dan hati untuk mendengar luahan hati kita. Ketika itulah kita hendak menangis, hendak merintih, hendak meratap, hendak meraung, dipersilakan kerana kita tahu yang ada insan yang sudi mendengar apa yang tersirat didalam hati kita.

Insan yang disebutkan itu adalah SAHABAT kita. Dialah yang membantu kita disaat kita memerlukan. Dialah yang sudi memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada kita. Dialah yang sudi mendengar luahan hati kita semasa kita didunia ini. Tetapi jangan dilupakan ALLAH S.W.T  yang maha Mendengar, maha Pengampun lagi maha Mengasihani…..

No comments:

Post a Comment